Friday, October 15, 2010

Mengenali Teknologi Baru iPad


Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. iPad pula telah menghapuskan rekaan  keyboard. Steve Jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna. Penyingkiran keyboard sebenar dibuat atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.

iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad; versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi luaran untuk versi Wi-Fi dan versi 3G. Bahagian belakang versi Wi-Fi ditutupi penuh dengan bahan aloi aluminium yang berwarna perak cerah. Versi 3G pula memerlukan rekaan board 3G dan bagi membolehkan pengguna menukar kad SIM, maka bahagian belakangnya terdapat sekeping rak kad SIM berwarna hitam. Inilah perbezaan utama untuk kedua-dua versi iPad.

Tapi, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini; iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin iPad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Ciri-ciri iPad :


iBooks – dengan iBooks, pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. Kecerahan skrin juga boleh dilaraskan secara manual.

Saiz – saiz iPad lebih kecil daripada saiz kertas A4.

Keyboard –  keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun keyboard virtual ini tiada butang sebenar untuk ditekan, tetapi inputnya adalah mudah. Bagaimanapun, apabila iPad ini diletakkan secara menegak, butang keyboard virtual berkenaan akan menjadi lebih kecil dan susah ditekan.

iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru
Kejayaan iPad bukan disebabkan hardware, tetapi disebabkan pemikiran. Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiada keyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakan hardware yang disokong oleh banyak Apps. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad.
Dengan kata lain, melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa, malah boleh membuat rekaan sendiri jika diperlukan. iPad tidak sempurna, namun ia tetap merupakan satu produk era baru.

Read more...

Maksud Perkakasan | Hardware Komputer


Perkakasan (hardware) komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada firmware. Firmware ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan (hardware). Komputer mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:

* Papan Induk (Motherboard) yang memegang CPU, memori utama dan komponen lain. Ianya mengandungi slot-slot untuk Kad tambahan
* Bekalan Kuasa (Power Supply) – peti kuasa yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
* Pengawal Storan, bagi IDE, SCSI dan storan lain, yang mengawal Cakera keras, Cakera Liut, CD-ROM dan pemacu lain. Pengawal storan boleh didapati pada motherboard, atau kad tambahan.
* Pengawal Grafik yang mengeluarkan output untuk Monitor
* Cakera keras, cakera liut dan pemacu lain, untuk simpanan data
* Pengawal antaramuka – port selari (parallel), bersirin(serial), USB, Firewire; bagi menyambung komputer dengan perkakasa luaran seperti Pencetak atau Pengimbas
* Senibina komputer
o Unit Pemproses Pusat – CPU
o Papan Induk
* Storan
o Cakera Liut (Floppy Disc)
o Cakera keras (Hard Disk)

o Cakera keras (Hard Disk)
o Disket
o Thumb drive @ Pen Drive
o Kad Memori
o RAM
* Input-Output
o CD-ROM
o Papan kekunci (Keyboard)
o Monitor
o Tetikus (Mouse)
o Pembesar suara (Speaker)
o Pengecaman pertuturan berkomputer (Computer Speech Recognition)
o DVD-ROM
o Tablet Digital
o Kad Grafik
o Kayu ria (Joystick)
o Pad ria (Joypad)
o Modem
o Kad Rangkaian (Network Card)
o Pelakar (Plotter)
o Pencetak (Printer)
o Pengimbas (Scanner)

Read more...

Laungan Merdeka Di Sk Bukit Rok

DSC_0326

Salam 1 Malaysia...Tanggal 31 bulan ogos 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Rok Telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan Yang ke-53. Alhamdulillah walaupun sambutan hanya kecil-kecilan tetapi kemeriahannya tetap dirasai..Yang jelasnya murid-murid Sk Bukit Rok amat begitu gembira menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke -53 yang dengan bangganya tidak kekok melaungkan Merdeka!! Merdeka!!! Merdeka!!..gfxlovers.com/smiliesAntara program dan agenda yang dijalankan semasa sambutan hari bersejarah tersebut adalah perhimpunan bersama pada pagi hari, pertandingan melukis yang melibatkan semua murid-murid Sk Bukit Rok dan pertandingan nyanyian lagu patriotik oleh setiap kelas di Sk Bukit Rok..Walaubagaimana pun pihak sekolah tidak terlepas merakamkan gambar sewaktu sambutan tersebut..gfxlovers.com/smilies

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...

Motivasi Bersama MRSM Serting

DSC_0079

Salam 1 Malaysia..Pada 11 ogos 2010 yang lalu pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah mengadakan motivasi murid tahun 4, 5 dan 6 usaha bersama dengan pelajar-pelajar serta guru dari MRSM Serting..Program ini bertujuan merapatkan sirratulrahim gfxlovers.com/smilies antara pelajar disamping dapat menimba ilmu dan pengalaman masing-masing..Program ini amat memberangsangkan pada murid-murid SK Bukit Rok yang banyak menimba ilmu dari pelajar MRSM Serting..Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan guru MRSM Serting yang terlibat..Syabas!gfxlovers.com/smilies

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.