Wednesday, May 26, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM ASRAMA SKBR 2010

DSCF4104


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

ADA 24 MEI YANG LALU,SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK TELAH MENGADAKAN JAMUAN KECEMERLANGAN SUKAN ASRAMA 2010. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MENGHARGAI SUMBANGAN PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG TELAH MEWAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN HOKI,OLAHRAGA DAN BOLA JARING PERINGKAT ZON MENGKARAK DAN DAERAH BERA.DALAM KEJOHANAN ITU MEREKA TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DALAM SUKAN YANG DISERTAI.MAJLIS DIHADIRI OLEH GURU-GURU, YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK,AJK PIBG,TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM.

SELAIN ITU, PADA MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN SUKAN ANJURAN ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK. ANTARA PERTANDINGAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI IALAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP ASPURA DAN KEJOHANAN BOLA JARING TERTUTUP ASPURI.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK, TUAN HAJI IBRAHIM BIN DAUD.TUJUAN PERTANDINGAN INI DIADAKAN IALAH MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT BARU DIKALANGAN PENGHUNI ASRAMA BAGI MEWAKILI SEKOLAH PADA MASA AKAN DATANG.SELAIN ITU JUGA PERTANDINGAN SUKAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SIRATULRAHIM ANTARA PENGHUNI ASRAMA.

DALAM MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN SAMBUTAN HARIJADI PENGHUNI ASRAMA. SERAMAI 27 ORANG PENGHUNI ASRAMA YANG LAHIR DALAM BULAN JANUARI HINGGA MEI DIRAIKAN.TIDAK KETINGGALAN ACARA MEMOTONG KEK SAMBIL MENYANYIKAN LAGU SELAMAT HARIJADI OLEH TETAMU YANG HADIR.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM DAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG MENYAMBUT HARIJADI.

TIDAK KETINGGALAN TURUT DISAMPAIKAN HADIAH KEPADA DORM-DORM YANG TELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN DORM 2010.MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NYANYIAN DAN TARIAN OLEH PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA.

Read more...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU!!!

Menjelang setiap tarikh 16 Mei adalah tidak asing lagi bagi tarikh sambutan Hari Guru di negara kita. Tidak ketinggalan juga sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Rok pada hari ini yang meraikan sambutan ini dengan penuh gembira bersama murid-murid SKBR. SELAMAT HARI GURU di ucapkan kepada warga pendidik di SKBR!!! Semoga menjadi pendidik yang berjaya dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa dan negara... ;-)


Majlis Bacaan Ikrar Guru Oleh Warga Pendidik SKBR.


Puisi Untuk Hari Guru

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

SUMBER :-  ZAM ISMAIL, SEREMBAN, 1985

Read more...

Friday, May 14, 2010

Rombongan Asrama 2010



DSCF4055

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 


Pada 7 Mei yang lalu, asrama sekolah kebangsaan Bukit Rok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Tujuan utama lawatan ini ialah mendedahkan murid yang tinggal di asrama dengan kesan-kesan peninggalan sejarah, mengenali budaya serta adat istiadat masyarakat Terengganu. Lawatan ini juga salah satu kaedah dalam usaha meningkatkan motivasi belajar murid yang tinggal di asrama sebagai persediaan untuk menambah pengetahuan yang sedia ada.
Seramai 30 orang peserta terdiri dari tahun 3 hingga tahun 6 dan 10 orang pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Antara tempat yang di lawati ialah Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Tidak ketinggalan murid-murid ini dibawa mengunjungi Pantai Batu Buruk yang terkenal dengan keindahan pantainya.
Dalam lawatan ini juga murid dibawa ke bengkel pembuatan bot yang diusahakan oleh Hj. Abdullah Bin Muda di Pulau Duyong.

Read more...

Sunday, May 2, 2010

Jalur lebar SchoolNet dipertingkat


KUALA LUMPUR 29 April - Rangkaian jalur lebar, SchoolNet yang disediakan di 9,884 sekolah seluruh negara akan dipertingkatkan dengan teknologi tanpa wayar, WiFi dan WiMAX yang lebih pantas. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan dilaksanakan kerana rangkaian jalur lebar ke sekolah sekarang yang menggunakan satelit gagal mencapai sasaran kelajuan satu megabit sesaat (Mbps).

Read more...

5 Kesalahan Pengguna Komputer & Laptop


Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB samada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.

Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:

1. Tidak Update Antivirus
Sepertimana yang kita semua tahu setiap hari terdapat pelbagai jenis virus dilepaskan dan disebarkan samada secara suka-suka ataupun untuk mengaut keuntungan. Jadi anda perlulah memasang

Read more...

Saturday, May 1, 2010

Perkhemahan bersepadu SKBR 2010

DSCF3916


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Satu perkhemahan bersepadu unit beruniform telah dijalankan di padang skbr. perkhemahan ini membabitkan pasukan pengakap dan tunas kadet remaja sekolah (TKRS). seramai 88 orang ahli kedua-dua pasukan beruniform telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. pelbagai acara telah diadakan bagi meningkatkan semangat kerjasama antara ahli yang terlibat.perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari.

Read more...

Minggu Anti Dadah SKBR 2010

Pada 8 april yang lalu bertempat di dataran skbr, satu perhimpunan semperna kempen antidadah telah diadakan. semua murid skbr telah dihimpunkan bagi mendengar perutusan yang dibacakan oleh guru disiplin En mohd suhardi. selepas itu murid tahap satu telah dikumpulkan di dewan asrama bagi program melukis dan mewarna semperna kempen itu.program ini bertujuan memupuk kesedaran dikalangan murid-murid tentang bahaya penggunaan dadah.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG SKBR Kali Ke-27

7 april lalu telah berlangsung mesyuarat pibg kali ke 27 skbr. mesyuarat ini telah dirasmikan oleh ahli dewan negara YB Senator Olian bin Abdullah.beliau merupakan anak jati kg bukit rok dan bekas pelajar skbr. Pada mesyuarat itu beliau telah menyampaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu pendidikan orang asli. beberapa isu berkaitan pelajar dapat diselesaikan dalam mesyuarat kali ini. 


Read more...

Bola Jaring MSSD Zon Mengkarak


KEHAMPAAN PASUKAN BOLA JARING SKBR PADA 2009 TELAH TERUBAT APABILA BERJAYA MEMPEROLEH TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON MENGKARAK BARU-BARU INI. KEJOHANAN BERLANGSUNG DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG.PASUKAN BOLA JARING SKBR DILETAKKAN BERSAMA JUARA 2009 IAITU PASUAKAN SK KERAYONG DAN PASUKAN SK BATU PAPAN. AWAL PERMAINAN PERINGKAT KUMPULAN PASUKAN SKBR TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEKALAHAN 4-13 DI TANGAN PASUKAN TUAN RUMAH. NAMUN SKBR BERJAYA BANGKIT MEMBERI SAINGAN APABILA MENEWASKAN SK BATU PAPAN DENGAN JARINGAN 6-0.KEMENANGAN ITU MELAYAKKAN PASUKAN SKBR MUNCUL NAIB JOHAN KUMPULAN SEKALIGUS MENEMPATKAN DIRI KE PENENTUAN TEMPAT KETIGA.PASUKAN SKBR DITEMUKAN DENGAN PASUKAN SK KUALA TRIANG. PERLAWANAN YANG PENUH DRAMATIK BERKESUDAHAN DENGAN SKBR MENANG 9-0. SYABAS SRIKANDI SKBR...




Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.