Sejarah Sek. Keb. Bukit Rok

 
Mula dibuka pada 7 Februari 1960 di bangunan gotong-royong daripada kayu dan beratapkan daun palas. Seramai 27 orang menjadi murid perintis. Pengasasnya, Cikgu Mohamad din bin Sandang (pesara guru) mengajar secara sukarela .Beliau berulang-alik sejauh kira-kira 15 km atau kadang-kadang bermalam di dalam botnya kerana tiada kemudahan jalan darat. Sungai Bera adalah laluan perhubungan ke kampung luar ketika itu. 

Di pertengahan tahun 1960,Pejabat Pelajaran Pahang mengambil alih sekolah dan melantik Cikgu Husain bin Mira sebagai Guru Besar. Cikgu Mohamad Din diarahkan tidak lagi meneruskan tugasnya mengajar di sekolah ini.  

Dalam tahun 1961 , sekolah dan asrama baru dibina oleh kerajaan .Mula digunakan pada 8 Januari 1963 tetapi asrama mula beroperasi dalam tahun 1965.Dalam tahun 1982,satu blok bangunan mengandungi 4 bilik darjah dibina bagi menampung pertambahan murid. 

Kompleks asrama baru mengandungi 2 blok bangunan 3 tingkat,dewan makan dan surau dibina dalam tahun 2002 dan mula digunakan Januari 2004.Asrama baru ini berkapasiti 200 orang penghuni.

Makmal baru Fasa III siap dibina 2004 bagi menggantikan makmal komputer yang terbakar ketika kerja-kerja pengubahsuaian bilik asrama lama untuk dijadikan makmal komputer.
 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.