Monday, December 7, 2009

UPSR SK Bukit Rok

lewat sedikit catatan ini dibuat...

keputusan UPSR tahun ini menunjukkan peningkatan.
keputusan terbaik ialah 4A 1B... iaitulah adik masnizawati a/p Rizman.

peningkatan lebih 20%. bagi subjek matematik dan sains juga menunjukkan peningkatan.
bahasa Inggeris masih lagi the killer subjek.

apapun... well done kepada semua yang terlibat.

target untuk tahun depan jadi lebih tinggi.

selamat berusaha kepada guru-guru tahun 6....

Read more...

Thursday, November 5, 2009

bulan november 2009

alhamdulillah... hari sukan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. tapi tiada gambar yang dapat disertakan bersama. acara sukan telah dirasmikan oleh YB Norul Azali bin Sulaiman dan YB juga telah menyumbang banyak dalam menjayakan sukan tahunan kali ini.

awal bulan ini, pelajar2 sk bukit rok menduduki peperiksaan akhir tahun. mesyuarat bagi mengadakan hari pendidikan telahpun diadakan bersama guru besar baru, tuan Haji Ibrahim bin Daud. hari ini pun dah ada guru2 yang memasukkan markah ke dalam headcount sekolah. tak lama lagi bakal diketahuilah bakal penerima hadiah bagi tahun ini.

sabtu... 7hb... pelancaran rakan alam sekitar akan dilancarkan bertempat di padang SK Bukit Rok. perasminya ialah Ahli Parlimen... sapa-sapa yang berminat dijemput hadir yak.

ahad... ada yang berminat dengan motor cross... boleh singgah di kg. Paya Serai. besar juga acaranya tapi bukan pihak sekolahlah yang anjurkan.

itu sahaja dulu. sekian, terima kasih.

Read more...

Thursday, October 15, 2009

terkini oktober 2009

kerja-kerja meroboh bangunan lama telahpun disempurnakan. yang akan menggantikan bangunan tersebut ialah sebuah bangunan empat tingkat sepanjang 150 meter.

sukan akan diadakan pada hujung oktober. mesyuarat sukan akan diadakan minggu hadapan.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

peristiwa baru

3 ogos 2009
pelajar tahun 6 baru sahaja menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2009. calon paling cemerlang ialah adik Masnizawati a/p Rizman dengan keputusannya 4A1B.

sepanjang bulan julai pula, pihak sekolah telah menjayakan bulan kecergasan Kementerian Pelajaran dengan mengadakan beberapa acara yang disertai oleh semua kakitangan sekolah. pada minggu pertama pihak sekolah telah mengadakan senam aerobik dan big walk mengelilingi kawasan kampung. pada minggu kedua pula, satu perlawanan takraw dan bola jaring telah diadakan. jangan tak percaya, tuan guru besar kita pun turun sekali beraksi sebagai tekong. pada minggu ketiga pula, acara futsal telah diadakan. mastermind tak ada kerana bercuti sebab isteri dia bersalin. dan pada minggu keempat acara merentas desa telah diadakan. disebabkan peserta-peserta tidak puas merentas desa maka acara diteruskan dengan perlawanan badminton. aktiviti bulan kecergasan peringkat sekolah berakhir di situ.

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

SK Bukit Rok

Sekolah Kebangsaan Bukit Rok
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur
09-2790277
myskbr@yahoo.com

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.