Saturday, April 12, 2014

Kejohanan Bola Tampar MSSD Bera 2014

Bergambar kenangan bersama pengurus pasukan dan jurulatih.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh pasukan.

Menikmati juadah yang disediakan.

Ketua pasukan, Arlina, mengetuai penerimaan pingat daripada Pengerusi Teknik Daerah.

Bergambar bersama pingat yang 
dimenangi.

Bergambar kenangan bersama para pasukan yang memenangi kategori masing-masing.

Pada hari Selasa, 8 April 2014 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar MSSD Bera 2014 yang bertempat di Dewan SJKC Kemayan.

Acara tersebut telah disertai oleh empat pasukan lelaki iaitu dari SJKC Kemayan, SJKC Triang 2, SK Kuala Triang dan SK Kuala Bera. Manakala bagi pasukan perempuan pula telah disertai oleh lima pasukan iaitu dari SJKC Kemayan, SJKC Triang 2, SK Bukit Kepayang, SK Kuala Bera dan SK Bukit Rok.

Bagi kategori lelaki, pingat gangsa telah dimenangi oleh SJKC Triang 2, perak SJKC Kemayan dan emas SK Kuala Bera.

Manakala bagi kategori perempuan pula, gangsa menjadi milik SK Bukit Rok, perak SJKC Triang 2 dan emas SJKC Kemayan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang memenangi kategori masing-masing dan harumkanlah pula nama Bera di MSSP kelak.





Read more...

Friday, April 11, 2014

Program Motivasi SK Bukit Rok 2014

Slide show untuk program tersebut.

Penceramah untuk program tersebut, Puan Suhaila binti Harun Narasit, Kaunselor SMK Mengkarak.

Antara aktiviti bersama penceramah.

Guru Besar SK Bukit Rok, Puan Ramlah @ Siti Surih menyampaikan ucapan di akhir program.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Gambar kenangan beramai-ramai bersama semua pihak yang terlibat.

Pada 5 April 2014 yang lalu, iaitu pada hari Sabtu, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, dengan kerjasama PIBG SK Bukit Rok telah menganjurkan Program Motivasi 2014, yang bertempat di Dewan SK Bukit Rok.

Program tersebut dianjurkan dengan bermatlamat melahirkan murid cemerlang dalam semua matapelajaran dalam UPSR SETIAP TAHUN. Dengan disertai oleh 46 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6, serta beberapa orang guru, program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Semoga kesemua pihak yang terlibat dapat memperolehi input yang berguna.


Read more...

Sunday, April 6, 2014

sifir sembilan

sumber: radio IKIM.FM
 satu cara nak mengingat sifir sembilan

 1 x 9 = 9

 2 x 9 = 18       2 x 9 = sebelum 2 (1) 1+ berapa (8)= 9 (18)

Read more...

Saturday, April 5, 2014

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SKBR 2014


 
Sebahagian anak-anak murid yang tekun mengikuti program.

Antara guru-guru yang berada di hadapan dewan, dari kanan, Cikgu Roslan, Cikgu Kamal, dan Tuan Haji Zainal.

GPK HEM, Cikgu Wan, sedang membaca utusan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mac 2014,  iaitu pada hari Jumaat, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. 

Read more...

Monday, April 15, 2013

2013

salam...

sedar tak sedar 2013 dah pun masuk bulan April. dah banyak pencapaian yang telah diraih oleh warga sk Bukit Rok sehingga ke hari ini.

antaranya:

1) pingat emas, perak dan gangsa dalam acara olahraga.
2) naib johan acara bola tampar peringkat daerah pada penyertaan kali pertama.
3) johan dan naib johan sepaktakraw peringkat daerah.
4) rekod tanpa kalah dalam perlawanan bola sepak.
5) pemilihan beberapa orang pelajar ke perinkat berikutnya bagi beberapa acara yang disebutkan di atas.

pada minggu ini pula kumpulan bicara berirama akan bertanding di SK Kuala Triang dan diikuti selepas itu pasukan choral speaking ke SK Kuala Bera.

selamat maju jaya untuk kedua2 pasukan sekolah.

disertakan juga beberapa keping gambar bagi aktiviti2 yang telah berjalan di SK BUKIT ROK.








senarai nama bagi program2 tersebut adalah seperti berikut:

- pelancaran minggu anti-dadah peringkat sekolah.
- kursus LADAP: pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
- mesyurat Agung PIBG kali ke-28.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.