Wednesday, June 16, 2010

Apa itu Microsoft Windows?

Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007.

Keluarga Microsoft Windows
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian. Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

Ciri-ciri utama
Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antara ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan seting yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka. Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini. Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai setting IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani. Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Antaramuka asas Microsoft Windows
Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras. Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dulang sistem dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka (jika ada). Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Dulang sistem pula menempatkan jam, kawalan suara, ikon peringatan sistem serta beberapa ikon bagi program yang berjalan secara latar belakang seperti perisian antivirus.
Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows. Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai. Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program). Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Read more...

Wednesday, May 26, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM ASRAMA SKBR 2010

DSCF4104


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

ADA 24 MEI YANG LALU,SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK TELAH MENGADAKAN JAMUAN KECEMERLANGAN SUKAN ASRAMA 2010. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MENGHARGAI SUMBANGAN PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG TELAH MEWAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN HOKI,OLAHRAGA DAN BOLA JARING PERINGKAT ZON MENGKARAK DAN DAERAH BERA.DALAM KEJOHANAN ITU MEREKA TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DALAM SUKAN YANG DISERTAI.MAJLIS DIHADIRI OLEH GURU-GURU, YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK,AJK PIBG,TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM.

SELAIN ITU, PADA MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN SUKAN ANJURAN ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK. ANTARA PERTANDINGAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI IALAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP ASPURA DAN KEJOHANAN BOLA JARING TERTUTUP ASPURI.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK, TUAN HAJI IBRAHIM BIN DAUD.TUJUAN PERTANDINGAN INI DIADAKAN IALAH MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT BARU DIKALANGAN PENGHUNI ASRAMA BAGI MEWAKILI SEKOLAH PADA MASA AKAN DATANG.SELAIN ITU JUGA PERTANDINGAN SUKAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SIRATULRAHIM ANTARA PENGHUNI ASRAMA.

DALAM MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN SAMBUTAN HARIJADI PENGHUNI ASRAMA. SERAMAI 27 ORANG PENGHUNI ASRAMA YANG LAHIR DALAM BULAN JANUARI HINGGA MEI DIRAIKAN.TIDAK KETINGGALAN ACARA MEMOTONG KEK SAMBIL MENYANYIKAN LAGU SELAMAT HARIJADI OLEH TETAMU YANG HADIR.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM DAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG MENYAMBUT HARIJADI.

TIDAK KETINGGALAN TURUT DISAMPAIKAN HADIAH KEPADA DORM-DORM YANG TELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN DORM 2010.MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NYANYIAN DAN TARIAN OLEH PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA.

Read more...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU!!!

Menjelang setiap tarikh 16 Mei adalah tidak asing lagi bagi tarikh sambutan Hari Guru di negara kita. Tidak ketinggalan juga sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Rok pada hari ini yang meraikan sambutan ini dengan penuh gembira bersama murid-murid SKBR. SELAMAT HARI GURU di ucapkan kepada warga pendidik di SKBR!!! Semoga menjadi pendidik yang berjaya dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa dan negara... ;-)


Majlis Bacaan Ikrar Guru Oleh Warga Pendidik SKBR.


Puisi Untuk Hari Guru

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

SUMBER :-  ZAM ISMAIL, SEREMBAN, 1985

Read more...

Friday, May 14, 2010

Rombongan Asrama 2010



DSCF4055

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 


Pada 7 Mei yang lalu, asrama sekolah kebangsaan Bukit Rok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Tujuan utama lawatan ini ialah mendedahkan murid yang tinggal di asrama dengan kesan-kesan peninggalan sejarah, mengenali budaya serta adat istiadat masyarakat Terengganu. Lawatan ini juga salah satu kaedah dalam usaha meningkatkan motivasi belajar murid yang tinggal di asrama sebagai persediaan untuk menambah pengetahuan yang sedia ada.
Seramai 30 orang peserta terdiri dari tahun 3 hingga tahun 6 dan 10 orang pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Antara tempat yang di lawati ialah Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Tidak ketinggalan murid-murid ini dibawa mengunjungi Pantai Batu Buruk yang terkenal dengan keindahan pantainya.
Dalam lawatan ini juga murid dibawa ke bengkel pembuatan bot yang diusahakan oleh Hj. Abdullah Bin Muda di Pulau Duyong.

Read more...

Sunday, May 2, 2010

Jalur lebar SchoolNet dipertingkat


KUALA LUMPUR 29 April - Rangkaian jalur lebar, SchoolNet yang disediakan di 9,884 sekolah seluruh negara akan dipertingkatkan dengan teknologi tanpa wayar, WiFi dan WiMAX yang lebih pantas. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan dilaksanakan kerana rangkaian jalur lebar ke sekolah sekarang yang menggunakan satelit gagal mencapai sasaran kelajuan satu megabit sesaat (Mbps).

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.