5 Kesalahan Pengguna Komputer & Laptop
Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB samada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.
Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:
1. Tidak Update Antivirus
Sepertimana yang kita semua tahu setiap hari terdapat pelbagai jenis virus dilepaskan dan disebarkan samada secara suka-suka ataupun untuk mengaut keuntungan. Jadi anda perlulah memasang

