Saturday, May 1, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SKBR Kali Ke-27

7 april lalu telah berlangsung mesyuarat pibg kali ke 27 skbr. mesyuarat ini telah dirasmikan oleh ahli dewan negara YB Senator Olian bin Abdullah.beliau merupakan anak jati kg bukit rok dan bekas pelajar skbr. Pada mesyuarat itu beliau telah menyampaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu pendidikan orang asli. beberapa isu berkaitan pelajar dapat diselesaikan dalam mesyuarat kali ini. 


Read more...

Bola Jaring MSSD Zon Mengkarak


KEHAMPAAN PASUKAN BOLA JARING SKBR PADA 2009 TELAH TERUBAT APABILA BERJAYA MEMPEROLEH TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON MENGKARAK BARU-BARU INI. KEJOHANAN BERLANGSUNG DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG.PASUKAN BOLA JARING SKBR DILETAKKAN BERSAMA JUARA 2009 IAITU PASUAKAN SK KERAYONG DAN PASUKAN SK BATU PAPAN. AWAL PERMAINAN PERINGKAT KUMPULAN PASUKAN SKBR TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEKALAHAN 4-13 DI TANGAN PASUKAN TUAN RUMAH. NAMUN SKBR BERJAYA BANGKIT MEMBERI SAINGAN APABILA MENEWASKAN SK BATU PAPAN DENGAN JARINGAN 6-0.KEMENANGAN ITU MELAYAKKAN PASUKAN SKBR MUNCUL NAIB JOHAN KUMPULAN SEKALIGUS MENEMPATKAN DIRI KE PENENTUAN TEMPAT KETIGA.PASUKAN SKBR DITEMUKAN DENGAN PASUKAN SK KUALA TRIANG. PERLAWANAN YANG PENUH DRAMATIK BERKESUDAHAN DENGAN SKBR MENANG 9-0. SYABAS SRIKANDI SKBR...




Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Awas! 10 Virus Komputer Paling Merbahaya


Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Read more...

Monday, March 22, 2010

Acara Merentas Desa Tahunan SKBR 2010

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah....pada 12 Mac 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah berjaya mengadakan satu aktiviti tahunan sekolah iaitu acara merentas peringkat sekolah desa dengan jayanya. Semua murid Skbr telah mengambil bahagian dalam acara ini kecuali murid tahun satu. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 9 pagi di padang Skbr. Tahniah kepada peserta yang berjaya mendapat tempat di dalam acara ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Skbr yang terlibat kerana berjaya menjayakan acara tahunan ini. Majulah sukan untuk negara. :d

  

Read more...

Tuesday, March 9, 2010

Ujian Penggal Pertama Tahun 2010 SKBR Bermula!!!

Salam sejahtera...

Minggu ini adalah minggu  ujian penggal pertama bagi tahun 2010 di sekolah kebangsaan Bukit Rok. Ujian penggal pertama ini bermula pada 8 Mac 2010 sehingga 10 Mac 2010. Semua murid nampaknya bersemangat menjawab ujian..Di harap semua adik-adik di SKBR dapat menjawab ujian penggal ini dengan penuh dedikasi. Selamat menjawab ujian..Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang!!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.