jhjkhjkhkhkjh
mhjmhjmjj,hjhkhkjhjkhjkhjkhh gjugjugjhghjy h yuyujyu iuy uyk ukykuy kj uj k hjku ikkih
Read more...
mhjmhjmjj,hjhkhkjhjkhjkhjkhh gjugjugjhghjy h yuyujyu iuy uyk ukykuy kj uj k hjku ikkih
Read more...sumber: radio IKIM.FM
satu cara nak mengingat sifir sembilan
1 x 9 = 9
2 x 9 = 18 2 x 9 = sebelum 2 (1) 1+ berapa (8)= 9 (18)
salam...
sedar tak sedar 2013 dah pun masuk bulan April. dah banyak pencapaian yang telah diraih oleh warga sk Bukit Rok sehingga ke hari ini.
antaranya:
1) pingat emas, perak dan gangsa dalam acara olahraga.
2) naib johan acara bola tampar peringkat daerah pada penyertaan kali pertama.
3) johan dan naib johan sepaktakraw peringkat daerah.
4) rekod tanpa kalah dalam perlawanan bola sepak.
5) pemilihan beberapa orang pelajar ke perinkat berikutnya bagi beberapa acara yang disebutkan di atas.
pada minggu ini pula kumpulan bicara berirama akan bertanding di SK Kuala Triang dan diikuti selepas itu pasukan choral speaking ke SK Kuala Bera.
selamat maju jaya untuk kedua2 pasukan sekolah.
disertakan juga beberapa keping gambar bagi aktiviti2 yang telah berjalan di SK BUKIT ROK.
pada hari ini 6/3/2012, Mr. Ferdinand Victor mentor program Penutur Jati @TELL PAHANG telah datang membantu guru bahasa Inggeris tahun satu di dalam kelas. berikut adalah beberapa perkara yang telah dia lakukan.
1) menyediakan picture flash card beberapa gambar tentang apa yang hendak diajar
2) gambar-gambar dari flash card yg telah dikecilkan untuk digunting
3) plan sebuah "cube" siap bertulis nama-nama item yang diajar
4) gunting dan gam
the Lesson plan
1) menerangkan apa yang hendak dilakukan pada hari ini
2) menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan benda yang ditunjukkan di dalam gambar sambil mem'BOLD'kan phonemes/ letter sound
3) menampal gambar pada whiteboard dan menulis nama bagi item2 yang ditunjukkan
4) mengedarkan gambar item yang telah dikecilkan beserta plan cube
5) memberi arahan kepada muridd untuk menggunting dan melekatkan gambar pada bahagian2 tertentu pada plan cube (with guidance)
6) setelah siap menampal gambar pada plan kiub, murid2 diminta menggunting pula plan kiub tadi mengikut garisan yang telah ditetapkan
7) meletakkan gam pada bahagian2 tertentu yang telah digunting
8) membentuk kiub atau dice (dadu) dengan nama2 benda pada permukaannya.
9) yang paling cantik digantung pada syiling kelas.
tak sedar sahaja masa satu jam berlalu..... HANDS ON. dan ianya memang menarik.
Peperiksaan P1 akan bermula dari 6 mac hingga 8 Mac 2012. Selamat maju jaya di ucapkan kepada pelajar2 tahun 3 - 6. Manakala pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 akan dinilai melalui PBS... selamat menjalankan ujian kepada sekalian guru.
untuk kelas tambahan tahun 6 pada cuti sekolah yang akan datang ni, semua guru terlibat ya. bermula dari hari sabtu hingga hari selasa dan juga sarapan serta makan tengah hari ada disediakan. jadi jangan segan-segan nak turun ke dewan makan untuk berkenalan dengan kontraktor makanan asrama yang baru..:)
SELAMAT MAJU JAYA.
school broadband kini kembali berfungsi. semoga kemudahan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga SK Bukit Rok dalam menjalankan tugasan harian. semoga program-program yang telah dirancang pada tahun ini akan dapat dilaksanakan dan guru-guru SK Bukit Rok turut menyumbang dalam menjadikan matlamat yang disasar dapat dicapai.... BERA CEMERLANG 2.06.
menajdi harapan juga agar pencapaian SK BUKIT ROK akan terus meningkat.
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA.
ramadhan tiba lagi.
untuk menyambut ramadhan kali ini, pihak sekolah menganjurkan beberapa program untuk para guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam. Antara program yang dijalankan ialah majlis tadarus, majlis pengisian ramadhan dan majlis Iftar bersama pelajar Islam.
majlis tadarus dijalankan dikalangan guru dan seterusnya akan diikuti dengan majlis khatam Al-Quran pada satu waktu yang akan ditetapkan kemudian.
majlis pengisian ramadhan pula adalah dengan mengumpulkan pelajar Islam di dalam makmal komputer dan mereka ditayangkan dengan audio dan visual yang berkaitan dengan kefahaman Islam. secara tidak langsung ianya dapat mengasingkan pelajar Islam dan mengelakkan mereka daripada melihat rakan2 mereka yang lain makan di kantin.
majlis Iftar bersama pelajar Islam akan diadakan pada 23 ramadhan di dewan makan asrama. para guru bersama ahli keluarga mereka akan meraikan pelajar Islam seramai 15 orang dengan berbuka puasa bersama.
alhamdulillah... setakat ini semua pelajar Islam dari tahun 1 hingga tahun 6 berpuasa.
semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna.
wassalam.
telah ditetapkan bahawa pada tarikh yang dinyatakan tersebut bahawa pelajar-pelajar tahun 6 bagi tahun 2011 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. semoga pelajar-pelajar di SK BUKIT ROK telah bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang dimaksudkan.
selamat maju jaya.
2011... tahun yang mencatatkan pelbagai peristiwa baru.
untuk pertama kalinya, beberapa guru dan kakitangan SK BUKIT ROK bersepakat untuk berkonvoi dengan motorsikal yang asyik ditunggang pergi dan balik sekolah sahajer.
cadangan ke TAsik Chini berjaya menarik penyertaan guru2 dan kakitangan yang ingin merasakan pengalaman berkonvoi. jam 8.00pagi 26 Mei 2011 para peserta berkumpul di persimpangan Kuala Bera dan memulakan perjalanan kira-kira pada jam 9.00 pagi. mereka melalui jalan alternatif kg. mengkarak - Paloh Hinai. sampai di Pesagi, kumpulan ekspedisi berhenti rehat dan menyambung kembali perjalanan sehingga tiba di Tasik Chini dalam masa 1 jam 45 minit. ketibaan kumpulan ekspedisi disambut oleh staff resort tasik Chini yang ramah. kira-kira satu jam lebih berada di situ ahli kumpulan kembali memulakan perjalanan.
tidak puas rasanya berkonvoi, kumpulan ekspedisi seterusnya berbincang untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Serandu di Pekan, Pahang. setelah makan tgh hari, perjalan ke kawasan pantai pun bermula pula.
1 jam 30 minit berikutnya, kumpulan ekspedisi tiba di Pantai Serandu. setelah menghabiskan masa selama lebih kurang 1 jam di pantai tersebut, ekspedisi leader seterusnya membawa peserta melalui jalan tepi pantai untuk ke bandar Pekan bagi merasai keenakan murtabak Mengkasar.
sampai ke Pekan, kedai Murtabak tak buka lagi, ekspedisi leader terus sahaja membawa peserta ke dataran Pekan dan merasai juadah di restoren ternama di Pekan....Ahla Natrah. sedang ahli ekspedisi menikmati minuman hujan turun dengan lebatnya. rezeki kami pada hari itu, selesai minum hujan pun berhenti. perjalanan diteruskan.
dalam perjalanan balik... ternampak kedai murtabak yang dimaksudkan dibuka. sekali lagi kumpulan ekspedisi berhenti dan menikmati pula murtabak mengkasar special. rm8 satu. apapun masing-masing tak lokek untuk membungkus dan membawa balik murtabak tersebut ke Bera pula.
"GURU PENJANA TRANSFORMASI"
"Akal yang sihat adalah pada tubuh badan yang sihat "
setelah sekian lama admin berusaha untuk mengingat kembali password bagi memasuki blog ini, akhirnya berjaya juga. maklumlah sudah lebih setahun admin blog diambil alih fasilitator schoolnet yang telah mengindahkan blog ini sepertimana yang dapat diikuti sekarang ini. setelah genap setahun, kontrak fasilitator schoolnet telah diberhentikan dan seluruh warga mySKBR merasakan kehilangan yang besar. ini kerana, individu yang mengisi jawatan tersebut di sekolah ini adalah individu yang berkelayakan dan merupakan seorang yang rajin. :)
ikuti perkembangan selanjutnya blog myskbr selepas ini.
teruskan mengikuti.
©Template by FS SKBR.
