mentor program MBMMBI membantu di dalam kelas
pada hari ini 6/3/2012, Mr. Ferdinand Victor mentor program Penutur Jati @TELL PAHANG telah datang membantu guru bahasa Inggeris tahun satu di dalam kelas. berikut adalah beberapa perkara yang telah dia lakukan.
1) menyediakan picture flash card beberapa gambar tentang apa yang hendak diajar
2) gambar-gambar dari flash card yg telah dikecilkan untuk digunting
3) plan sebuah "cube" siap bertulis nama-nama item yang diajar
4) gunting dan gam
the Lesson plan
1) menerangkan apa yang hendak dilakukan pada hari ini
2) menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan benda yang ditunjukkan di dalam gambar sambil mem'BOLD'kan phonemes/ letter sound
3) menampal gambar pada whiteboard dan menulis nama bagi item2 yang ditunjukkan
4) mengedarkan gambar item yang telah dikecilkan beserta plan cube
5) memberi arahan kepada muridd untuk menggunting dan melekatkan gambar pada bahagian2 tertentu pada plan cube (with guidance)
6) setelah siap menampal gambar pada plan kiub, murid2 diminta menggunting pula plan kiub tadi mengikut garisan yang telah ditetapkan
7) meletakkan gam pada bahagian2 tertentu yang telah digunting
8) membentuk kiub atau dice (dadu) dengan nama2 benda pada permukaannya.
9) yang paling cantik digantung pada syiling kelas.
tak sedar sahaja masa satu jam berlalu..... HANDS ON. dan ianya memang menarik.
0 ulasan:
Post a Comment