Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

ramadhan tiba lagi.

 untuk menyambut ramadhan kali ini, pihak sekolah menganjurkan beberapa program untuk para guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam. Antara program yang dijalankan ialah majlis tadarus, majlis pengisian ramadhan dan majlis Iftar bersama pelajar Islam.
majlis tadarus dijalankan dikalangan guru dan seterusnya akan diikuti dengan majlis khatam Al-Quran pada satu waktu yang akan ditetapkan kemudian.
majlis pengisian ramadhan pula adalah dengan mengumpulkan pelajar Islam di dalam makmal komputer dan mereka ditayangkan dengan audio dan visual yang berkaitan dengan kefahaman Islam. secara tidak langsung ianya dapat mengasingkan pelajar Islam dan mengelakkan mereka daripada melihat rakan2 mereka yang lain makan di kantin.

majlis Iftar bersama pelajar Islam akan diadakan pada 23 ramadhan di dewan makan asrama. para guru bersama ahli keluarga mereka akan meraikan pelajar Islam seramai 15 orang dengan berbuka puasa bersama.

 alhamdulillah... setakat ini semua pelajar Islam dari tahun 1 hingga tahun 6 berpuasa.
 semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna.
 wassalam.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.