Monday, July 18, 2011

BERKONVOI

2011... tahun yang mencatatkan pelbagai peristiwa baru.
untuk pertama kalinya, beberapa guru dan kakitangan SK BUKIT ROK bersepakat untuk berkonvoi dengan motorsikal yang asyik ditunggang pergi dan balik sekolah sahajer.
cadangan ke TAsik Chini berjaya menarik penyertaan guru2 dan kakitangan yang ingin merasakan pengalaman berkonvoi. jam 8.00pagi 26 Mei 2011 para peserta berkumpul di persimpangan Kuala Bera dan memulakan perjalanan kira-kira pada jam 9.00 pagi. mereka melalui jalan alternatif kg. mengkarak - Paloh Hinai. sampai di Pesagi, kumpulan ekspedisi berhenti rehat dan menyambung kembali perjalanan sehingga tiba di Tasik Chini dalam masa 1 jam 45 minit. ketibaan kumpulan ekspedisi disambut oleh staff resort tasik Chini yang ramah. kira-kira satu jam lebih berada di situ ahli kumpulan kembali memulakan perjalanan.
tidak puas rasanya berkonvoi, kumpulan ekspedisi seterusnya berbincang untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Serandu di Pekan, Pahang. setelah makan tgh hari, perjalan ke kawasan pantai pun bermula pula.
1 jam 30 minit berikutnya, kumpulan ekspedisi tiba di Pantai Serandu. setelah menghabiskan masa selama lebih kurang 1 jam di pantai tersebut, ekspedisi leader seterusnya membawa peserta melalui jalan tepi pantai untuk ke bandar Pekan bagi merasai keenakan murtabak Mengkasar.
sampai ke Pekan, kedai Murtabak tak buka lagi, ekspedisi leader terus sahaja membawa peserta ke dataran Pekan dan merasai juadah di restoren ternama di Pekan....Ahla Natrah. sedang ahli ekspedisi menikmati minuman hujan turun dengan lebatnya. rezeki kami pada hari itu, selesai minum hujan pun berhenti. perjalanan diteruskan.
dalam perjalanan balik... ternampak kedai murtabak yang dimaksudkan dibuka. sekali lagi kumpulan ekspedisi berhenti dan menikmati pula murtabak mengkasar special. rm8 satu. apapun masing-masing tak lokek untuk membungkus dan membawa balik murtabak tersebut ke Bera pula.









dalam perjalanan balik, kira-kira tiba di daerah Maran kumpulan ekspedisi ditimpa hujan. basahler jawabnya hingga sampai ke Bera. apapun... ianya BERBALOI.

1 ulasan:

adie April 15, 2013 at 8:20 AM  

bila nak ke air terjun chamang plak... cg, nik. tak kan la dah ada moto besar geng2 moto kecik dilupakan?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.