Wednesday, March 24, 2010

Awas! 10 Virus Komputer Paling Merbahaya


Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Read more...

Monday, March 22, 2010

Acara Merentas Desa Tahunan SKBR 2010

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah....pada 12 Mac 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah berjaya mengadakan satu aktiviti tahunan sekolah iaitu acara merentas peringkat sekolah desa dengan jayanya. Semua murid Skbr telah mengambil bahagian dalam acara ini kecuali murid tahun satu. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 9 pagi di padang Skbr. Tahniah kepada peserta yang berjaya mendapat tempat di dalam acara ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Skbr yang terlibat kerana berjaya menjayakan acara tahunan ini. Majulah sukan untuk negara. :d

  

Read more...

Tuesday, March 9, 2010

Ujian Penggal Pertama Tahun 2010 SKBR Bermula!!!

Salam sejahtera...

Minggu ini adalah minggu  ujian penggal pertama bagi tahun 2010 di sekolah kebangsaan Bukit Rok. Ujian penggal pertama ini bermula pada 8 Mac 2010 sehingga 10 Mac 2010. Semua murid nampaknya bersemangat menjawab ujian..Di harap semua adik-adik di SKBR dapat menjawab ujian penggal ini dengan penuh dedikasi. Selamat menjawab ujian..Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang!!

Read more...

Saturday, March 6, 2010

Tips Penjagaan Laptop PPSMI


1. Bateri

Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.

Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.