Friday, April 11, 2014

Program Motivasi SK Bukit Rok 2014

Slide show untuk program tersebut.

Penceramah untuk program tersebut, Puan Suhaila binti Harun Narasit, Kaunselor SMK Mengkarak.

Antara aktiviti bersama penceramah.

Guru Besar SK Bukit Rok, Puan Ramlah @ Siti Surih menyampaikan ucapan di akhir program.

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Gambar kenangan beramai-ramai bersama semua pihak yang terlibat.

Pada 5 April 2014 yang lalu, iaitu pada hari Sabtu, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, dengan kerjasama PIBG SK Bukit Rok telah menganjurkan Program Motivasi 2014, yang bertempat di Dewan SK Bukit Rok.

Program tersebut dianjurkan dengan bermatlamat melahirkan murid cemerlang dalam semua matapelajaran dalam UPSR SETIAP TAHUN. Dengan disertai oleh 46 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6, serta beberapa orang guru, program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Semoga kesemua pihak yang terlibat dapat memperolehi input yang berguna.


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.