Saturday, April 12, 2014

Kejohanan Bola Tampar MSSD Bera 2014

Bergambar kenangan bersama pengurus pasukan dan jurulatih.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh pasukan.

Menikmati juadah yang disediakan.

Ketua pasukan, Arlina, mengetuai penerimaan pingat daripada Pengerusi Teknik Daerah.

Bergambar bersama pingat yang 
dimenangi.

Bergambar kenangan bersama para pasukan yang memenangi kategori masing-masing.

Pada hari Selasa, 8 April 2014 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar MSSD Bera 2014 yang bertempat di Dewan SJKC Kemayan.

Acara tersebut telah disertai oleh empat pasukan lelaki iaitu dari SJKC Kemayan, SJKC Triang 2, SK Kuala Triang dan SK Kuala Bera. Manakala bagi pasukan perempuan pula telah disertai oleh lima pasukan iaitu dari SJKC Kemayan, SJKC Triang 2, SK Bukit Kepayang, SK Kuala Bera dan SK Bukit Rok.

Bagi kategori lelaki, pingat gangsa telah dimenangi oleh SJKC Triang 2, perak SJKC Kemayan dan emas SK Kuala Bera.

Manakala bagi kategori perempuan pula, gangsa menjadi milik SK Bukit Rok, perak SJKC Triang 2 dan emas SJKC Kemayan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang memenangi kategori masing-masing dan harumkanlah pula nama Bera di MSSP kelak.





0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.