Monday, July 18, 2011

19 - 21 Julai 2011

telah ditetapkan bahawa pada tarikh yang dinyatakan tersebut bahawa pelajar-pelajar tahun 6 bagi tahun 2011 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. semoga pelajar-pelajar di SK BUKIT ROK telah bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang dimaksudkan.

selamat maju jaya.

Read more...

BERKONVOI

2011... tahun yang mencatatkan pelbagai peristiwa baru.
untuk pertama kalinya, beberapa guru dan kakitangan SK BUKIT ROK bersepakat untuk berkonvoi dengan motorsikal yang asyik ditunggang pergi dan balik sekolah sahajer.
cadangan ke TAsik Chini berjaya menarik penyertaan guru2 dan kakitangan yang ingin merasakan pengalaman berkonvoi. jam 8.00pagi 26 Mei 2011 para peserta berkumpul di persimpangan Kuala Bera dan memulakan perjalanan kira-kira pada jam 9.00 pagi. mereka melalui jalan alternatif kg. mengkarak - Paloh Hinai. sampai di Pesagi, kumpulan ekspedisi berhenti rehat dan menyambung kembali perjalanan sehingga tiba di Tasik Chini dalam masa 1 jam 45 minit. ketibaan kumpulan ekspedisi disambut oleh staff resort tasik Chini yang ramah. kira-kira satu jam lebih berada di situ ahli kumpulan kembali memulakan perjalanan.
tidak puas rasanya berkonvoi, kumpulan ekspedisi seterusnya berbincang untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Serandu di Pekan, Pahang. setelah makan tgh hari, perjalan ke kawasan pantai pun bermula pula.
1 jam 30 minit berikutnya, kumpulan ekspedisi tiba di Pantai Serandu. setelah menghabiskan masa selama lebih kurang 1 jam di pantai tersebut, ekspedisi leader seterusnya membawa peserta melalui jalan tepi pantai untuk ke bandar Pekan bagi merasai keenakan murtabak Mengkasar.
sampai ke Pekan, kedai Murtabak tak buka lagi, ekspedisi leader terus sahaja membawa peserta ke dataran Pekan dan merasai juadah di restoren ternama di Pekan....Ahla Natrah. sedang ahli ekspedisi menikmati minuman hujan turun dengan lebatnya. rezeki kami pada hari itu, selesai minum hujan pun berhenti. perjalanan diteruskan.
dalam perjalanan balik... ternampak kedai murtabak yang dimaksudkan dibuka. sekali lagi kumpulan ekspedisi berhenti dan menikmati pula murtabak mengkasar special. rm8 satu. apapun masing-masing tak lokek untuk membungkus dan membawa balik murtabak tersebut ke Bera pula.









dalam perjalanan balik, kira-kira tiba di daerah Maran kumpulan ekspedisi ditimpa hujan. basahler jawabnya hingga sampai ke Bera. apapun... ianya BERBALOI.

Read more...

Sambutan Hari Guru 2011

"GURU PENJANA TRANSFORMASI"








HARI GURU 2011 telah disambut di peringkat sekolah pada 16 Mei 2011. beberapa acara telah berlangsung dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga SK BUKIT ROK.
bermula dengan acara di perhimpunan, majlis seterusnya ke padang dan akhir sekali di dalam dewan.
sepanjang hari itu kemeriahan sambutan HARI GURU 2011 benar-benar dirasai.

Read more...

1Murid 1Sukan

"Akal yang sihat adalah pada tubuh badan yang sihat "





Pada 2hb Julai 2011, semua murid, guru, kakitangan dan ahli PIBG telah sama-sama menjayakan pelancaran dasar baru dalam pendidikan yakni dasar 1Murid 1Sukan.
Semua begitu bersemangat. Untuk pertama kalinya juga semua yang terlibat dapat melihat dan bermain bersama dengan Puan Guru Besar dalam permainan bola jaring.
1Murid 1Sukan... kita boleh.

Read more...

Monday, July 4, 2011

bertemu kembali

setelah sekian lama admin berusaha untuk mengingat kembali password bagi memasuki blog ini, akhirnya berjaya juga. maklumlah sudah lebih setahun admin blog diambil alih fasilitator schoolnet yang telah mengindahkan blog ini sepertimana yang dapat diikuti sekarang ini. setelah genap setahun, kontrak fasilitator schoolnet telah diberhentikan dan seluruh warga mySKBR merasakan kehilangan yang besar. ini kerana, individu yang mengisi jawatan tersebut di sekolah ini adalah individu yang berkelayakan dan merupakan seorang yang rajin. :)
ikuti perkembangan selanjutnya blog myskbr selepas ini.

teruskan mengikuti.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.