Thursday, December 16, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010 Warga SKBR

SK BUKIT ROK 20101

Buat julung kalinya guru-guru dan staf sokongan Sekolah kebangsaan Bukit Rok berjaya dikumpulkan bagi sessi fotografi. Foto ini dirakam sempena Jamuan Akhir Tahun pada 15 November 2010. Turut serta dalam Jamuan ini ialah Ajk PIBG Sekolah serta murid-murid asrama. Antara acara lain yang diadakan ialah majlis perpisahan Bekas Guru Besar dan Guru SKBR iaitu tuan Haji Ibrahim Bin Daud dan Puan Suhana Bte Abdullah.gfxlovers.com/smilies 

Read more...

Sukan Tahunan SKBR 2010

CIMG5439

Sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Rok baru sahaja dilangsungkan pada 28 oktober 2010. Sukan ini dirasmikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) Daerah Bera. Pasukan rumah Biru menjuarai temasya sukan kali ini. Lebih manis lagi apabila wakil rumah biru iaitu Adik Mohd amim Shah bin Nazar telah dinobatkan sebagai Olahragawan pada kali ini manakala olahragawati pula berjaya dirangkul oleh  peserta rumah merah iaitu Adik Alina A/P Zainigfxlovers.com/smilies. Syabas kepada warga SKBR dan penduduk kampung orang asli  kerana bertungkus lumus menjayakan temasya sukan kali ini. Syabas juga diucapkan kepada murid-murid SKBR yang terlibat.gfxlovers.com/smilies




Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...

Friday, December 3, 2010

Apa Itu Perisian?

Terdapat 2 jenis perisian : 

1. Perisian Sistem (System Software) 
  • mengandungi beberapa jenis perisian bekerjasama untuk membantu pengguna komputer menggunakan sistem komputer dengan efektif.
  • diperlukan oleh komputer untuk mengurus sumbernyamembenarkan CPU berkomunikasi dengan peralatan Input/Output.
  • merupakan penghubung di antara sistem aplikasi dengan komputer.sebagai penterjemah bahasa supaya kod perisian aplikasi dapat difahami.
  • contoh : sistem operasi (Windows, Linux)
      2. Perisian Aplikasi (Application Software) 
  • perisian yang direka untuk kegunaan pengguna.
  • contoh : MS Office (Word, Excel, PowerPoint).
  • perisian freeware, shareware dan sumber terbuka termasuk dalam kategori ini juga.

Read more...

Rombongan Ke Kuala Lumpur 2010

DSCF4199


PADA 30 OKTOBER YANG LALU, SATU LAWATAN SAMBIL BELAJAR TELAH DIADAKAN KE KUALA LUMPURgfxlovers.com/smilies. SERAMAI  30 ORANG MURID TAHUN 5 TAHUN 4 DAN TAHUN 3 DAN 10 ORANG GURU TURUT SERTA DALAM ROMBONGAN INI.ANTARA TEMPAT YANG DILAWATI IALAH ZOO NEGARA, PUSTAKA PERINGATAN P.RAMLEE,TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITAR KUALA LUMPUR DAN JUGA PUTRA JAYA.ROMBONGAN INI SEDIKIT SEBANYAK MENDEDAHKAN MURID-MURID PENGALAMAN YANG BARU SERTA MELIHAT LEBIH DEKAT IBU NEGARA MALAYSIA SERTA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN DI PUTRAJAYAgfxlovers.com/smilies.



Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...

Friday, October 15, 2010

Mengenali Teknologi Baru iPad


Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. iPad pula telah menghapuskan rekaan  keyboard. Steve Jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna. Penyingkiran keyboard sebenar dibuat atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.

iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad; versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi luaran untuk versi Wi-Fi dan versi 3G. Bahagian belakang versi Wi-Fi ditutupi penuh dengan bahan aloi aluminium yang berwarna perak cerah. Versi 3G pula memerlukan rekaan board 3G dan bagi membolehkan pengguna menukar kad SIM, maka bahagian belakangnya terdapat sekeping rak kad SIM berwarna hitam. Inilah perbezaan utama untuk kedua-dua versi iPad.

Tapi, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini; iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin iPad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Ciri-ciri iPad :


iBooks – dengan iBooks, pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. Kecerahan skrin juga boleh dilaraskan secara manual.

Saiz – saiz iPad lebih kecil daripada saiz kertas A4.

Keyboard –  keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun keyboard virtual ini tiada butang sebenar untuk ditekan, tetapi inputnya adalah mudah. Bagaimanapun, apabila iPad ini diletakkan secara menegak, butang keyboard virtual berkenaan akan menjadi lebih kecil dan susah ditekan.

iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru
Kejayaan iPad bukan disebabkan hardware, tetapi disebabkan pemikiran. Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiada keyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakan hardware yang disokong oleh banyak Apps. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad.
Dengan kata lain, melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa, malah boleh membuat rekaan sendiri jika diperlukan. iPad tidak sempurna, namun ia tetap merupakan satu produk era baru.

Read more...

Maksud Perkakasan | Hardware Komputer


Perkakasan (hardware) komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada firmware. Firmware ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan (hardware). Komputer mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:

* Papan Induk (Motherboard) yang memegang CPU, memori utama dan komponen lain. Ianya mengandungi slot-slot untuk Kad tambahan
* Bekalan Kuasa (Power Supply) – peti kuasa yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
* Pengawal Storan, bagi IDE, SCSI dan storan lain, yang mengawal Cakera keras, Cakera Liut, CD-ROM dan pemacu lain. Pengawal storan boleh didapati pada motherboard, atau kad tambahan.
* Pengawal Grafik yang mengeluarkan output untuk Monitor
* Cakera keras, cakera liut dan pemacu lain, untuk simpanan data
* Pengawal antaramuka – port selari (parallel), bersirin(serial), USB, Firewire; bagi menyambung komputer dengan perkakasa luaran seperti Pencetak atau Pengimbas
* Senibina komputer
o Unit Pemproses Pusat – CPU
o Papan Induk
* Storan
o Cakera Liut (Floppy Disc)
o Cakera keras (Hard Disk)

o Cakera keras (Hard Disk)
o Disket
o Thumb drive @ Pen Drive
o Kad Memori
o RAM
* Input-Output
o CD-ROM
o Papan kekunci (Keyboard)
o Monitor
o Tetikus (Mouse)
o Pembesar suara (Speaker)
o Pengecaman pertuturan berkomputer (Computer Speech Recognition)
o DVD-ROM
o Tablet Digital
o Kad Grafik
o Kayu ria (Joystick)
o Pad ria (Joypad)
o Modem
o Kad Rangkaian (Network Card)
o Pelakar (Plotter)
o Pencetak (Printer)
o Pengimbas (Scanner)

Read more...

Laungan Merdeka Di Sk Bukit Rok

DSC_0326

Salam 1 Malaysia...Tanggal 31 bulan ogos 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Rok Telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan Yang ke-53. Alhamdulillah walaupun sambutan hanya kecil-kecilan tetapi kemeriahannya tetap dirasai..Yang jelasnya murid-murid Sk Bukit Rok amat begitu gembira menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke -53 yang dengan bangganya tidak kekok melaungkan Merdeka!! Merdeka!!! Merdeka!!..gfxlovers.com/smiliesAntara program dan agenda yang dijalankan semasa sambutan hari bersejarah tersebut adalah perhimpunan bersama pada pagi hari, pertandingan melukis yang melibatkan semua murid-murid Sk Bukit Rok dan pertandingan nyanyian lagu patriotik oleh setiap kelas di Sk Bukit Rok..Walaubagaimana pun pihak sekolah tidak terlepas merakamkan gambar sewaktu sambutan tersebut..gfxlovers.com/smilies

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...

Motivasi Bersama MRSM Serting

DSC_0079

Salam 1 Malaysia..Pada 11 ogos 2010 yang lalu pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah mengadakan motivasi murid tahun 4, 5 dan 6 usaha bersama dengan pelajar-pelajar serta guru dari MRSM Serting..Program ini bertujuan merapatkan sirratulrahim gfxlovers.com/smilies antara pelajar disamping dapat menimba ilmu dan pengalaman masing-masing..Program ini amat memberangsangkan pada murid-murid SK Bukit Rok yang banyak menimba ilmu dari pelajar MRSM Serting..Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan guru MRSM Serting yang terlibat..Syabas!gfxlovers.com/smilies

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Read more...

Sunday, September 5, 2010

Motivasi UPSR 2010

DSCF4132


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Pada 13 Julai yang lalu,Sek.Keb. Bukit Rok telah mengadakan satu slot ceramah motivasi bagi calon-calon upsr.ceramah ini disampaikan oleh En.Othman bin Yusof, bekas pegawai PPD Maran.Ceramah yang diadakan ini bertujuan untuk memberi ransangan kepada calon UPSR bagi menghadapi peperiksaaan. di majlis yang sama juga turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada calon-calon yang telah lulus semua mata pelajaran pada peperiksaan bulan mei.Seramai 5 orang murid telah berjaya lulus semua mata pelajaran.hadiah disampaikan oeh En.Othman bin Yusof.

Read more...

Program KEDAP 2010

DSC00005
Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Pada 12 Julai yang lalu Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah melancarkan kelas KEDAP. Seramai 25 orang peserta telah dipilih menyertai kelas ini. Tuan Guru Besar Tuan Haji Ibrahim Bin Daud telah memberi penerangan damn memperkenalkan tenaga pengajar kepada peserta.Peserta kebanyakannya terdiri dari penjaga dan ibubapa murid serta penduduk sekitar Kampung Bukit Rok dan Kg Ibam.

Read more...

Friday, July 30, 2010

Kepentingan Emel Pada Masa Kini

Satu perkara penting bagi anda yang melayari Internet adalah memiliki alamat email. Email adalah kemudahan komunikasi yang penting bagi banyak perkara pada masa ini. Dengan email, komunikasi dan pengkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat walaupun dimana jua anda berada melalui Internet.

Terdapat pelbagai kemudahan email percuma di Internet. Antaranya adalah Gmail.com http://www.gmail.com/ dan Yahoo.com http://www.yahoo.com/

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan email percuma hanya perlu lawat laman tersebut dan daftarkan diri anda. Anda hanya perlu memilih nama pengguna yang unik yang turut digunakan sebagai alamat email apabila anda menghantar email.

Apabila selesai mendaftar. Untuk tujuan penghantaran email, anda perlu tahu alamat email rakan-rakan anda dan menghantar email kepada mereka adalah mudah. Tekan compose, letakkan alamat email rakan dalam To: dan taipkan apa yang anda inginkan sampaikan dalam ruang Body: sekira ada apa-apa fail yang hendak dihantar sekalikan melalui fungsi Attachment

Email SPAM, junk email atau email sampah merupakan satu perkara yang perlu dihadapi oleh pengguna email. Langkah-langkah berjaga-jaga perlu dilakukan bagi memastikan masalah email sampah tidak serius dihadapi, Email sampah sukar untuk diatasi melainkan pengguna Internet semua memberikan kerja sama.

Apabila menerima email sampah dalam Inbox email anda jangan sesekali membacanya. Anda boleh mengenalinya melalui tajuk yang tidak sesuai dan alamat email yang pelik. Pengalaman menggunakan email akan mengajar anda mengenali email sampah.

Membaca email sampah membolehkan penghantar email sampah mengetahui bahawa email yang dihantar adalah kepada pengguna sebenar dan menambah lagi email spam yang hendak dihantar. Cara penghantar email sampah mengetahui adalah melalui imej kecil yang diletakkan dalam email yang menggunakan format HTML.

Adalah dicadangkan mempunyai dua alamat email. Satu alamat email adalah bagi tujuan pendaftaran dengan mana-mana laman atau untuk komunikasi umum dengan rakan-rakan. Satu lagi alamat email adalah khusus untuk komunikasi dengan individu yang penting bagi anda.

Tujuan pengasingan turut membantu dalam mengurangkan kesan email SPAM atau email sampah daripada masuk ke alamat email penting. Pendaftaran dimana-mana laman web selalu mendedahkan alamat email kepada email SPAM. Adalah perlu untuk memastikan email SPAM atau email sampah ini daripada masuk ke alamat email penting.

Untuk murid-murid Sk Bukit Rok yang ingin mempunyai emel sendiri, sertailah Program Celik ICT 2010. Saya pasti akan mengajar anda untuk mendafftar emel dan cara-cara menggunakan emel.. =)  

Read more...

Mengenali Jalur Lebar atau Broadband

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

 Kelebihan
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps. Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi

Internet jalur lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. 

Multiplexing
Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.  

 

Read more...

Wednesday, June 16, 2010

Apa itu Microsoft Windows?

Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007.

Keluarga Microsoft Windows
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian. Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

Ciri-ciri utama
Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antara ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan seting yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka. Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini. Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai setting IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani. Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Antaramuka asas Microsoft Windows
Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras. Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dulang sistem dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka (jika ada). Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Dulang sistem pula menempatkan jam, kawalan suara, ikon peringatan sistem serta beberapa ikon bagi program yang berjalan secara latar belakang seperti perisian antivirus.
Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows. Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai. Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program). Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Read more...

Wednesday, May 26, 2010

JAMUAN MAKAN MALAM ASRAMA SKBR 2010

DSCF4104


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

ADA 24 MEI YANG LALU,SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK TELAH MENGADAKAN JAMUAN KECEMERLANGAN SUKAN ASRAMA 2010. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MENGHARGAI SUMBANGAN PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG TELAH MEWAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN HOKI,OLAHRAGA DAN BOLA JARING PERINGKAT ZON MENGKARAK DAN DAERAH BERA.DALAM KEJOHANAN ITU MEREKA TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DALAM SUKAN YANG DISERTAI.MAJLIS DIHADIRI OLEH GURU-GURU, YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK,AJK PIBG,TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM.

SELAIN ITU, PADA MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN SUKAN ANJURAN ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK. ANTARA PERTANDINGAN YANG DIADAKAN BARU-BARU INI IALAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP ASPURA DAN KEJOHANAN BOLA JARING TERTUTUP ASPURI.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK, TUAN HAJI IBRAHIM BIN DAUD.TUJUAN PERTANDINGAN INI DIADAKAN IALAH MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT BARU DIKALANGAN PENGHUNI ASRAMA BAGI MEWAKILI SEKOLAH PADA MASA AKAN DATANG.SELAIN ITU JUGA PERTANDINGAN SUKAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SIRATULRAHIM ANTARA PENGHUNI ASRAMA.

DALAM MAJLIS YANG SAMA TURUT DIADAKAN SAMBUTAN HARIJADI PENGHUNI ASRAMA. SERAMAI 27 ORANG PENGHUNI ASRAMA YANG LAHIR DALAM BULAN JANUARI HINGGA MEI DIRAIKAN.TIDAK KETINGGALAN ACARA MEMOTONG KEK SAMBIL MENYANYIKAN LAGU SELAMAT HARIJADI OLEH TETAMU YANG HADIR.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH TOK BATIN KAMPUNG BUKIT ROK DAN TOK BATIN KAMPUNG IBAM DAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA YANG MENYAMBUT HARIJADI.

TIDAK KETINGGALAN TURUT DISAMPAIKAN HADIAH KEPADA DORM-DORM YANG TELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN DORM 2010.MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NYANYIAN DAN TARIAN OLEH PENGHUNI-PENGHUNI ASRAMA.

Read more...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU!!!

Menjelang setiap tarikh 16 Mei adalah tidak asing lagi bagi tarikh sambutan Hari Guru di negara kita. Tidak ketinggalan juga sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Rok pada hari ini yang meraikan sambutan ini dengan penuh gembira bersama murid-murid SKBR. SELAMAT HARI GURU di ucapkan kepada warga pendidik di SKBR!!! Semoga menjadi pendidik yang berjaya dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa dan negara... ;-)


Majlis Bacaan Ikrar Guru Oleh Warga Pendidik SKBR.


Puisi Untuk Hari Guru

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

SUMBER :-  ZAM ISMAIL, SEREMBAN, 1985

Read more...

Friday, May 14, 2010

Rombongan Asrama 2010



DSCF4055

Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 


Pada 7 Mei yang lalu, asrama sekolah kebangsaan Bukit Rok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Tujuan utama lawatan ini ialah mendedahkan murid yang tinggal di asrama dengan kesan-kesan peninggalan sejarah, mengenali budaya serta adat istiadat masyarakat Terengganu. Lawatan ini juga salah satu kaedah dalam usaha meningkatkan motivasi belajar murid yang tinggal di asrama sebagai persediaan untuk menambah pengetahuan yang sedia ada.
Seramai 30 orang peserta terdiri dari tahun 3 hingga tahun 6 dan 10 orang pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Antara tempat yang di lawati ialah Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Tidak ketinggalan murid-murid ini dibawa mengunjungi Pantai Batu Buruk yang terkenal dengan keindahan pantainya.
Dalam lawatan ini juga murid dibawa ke bengkel pembuatan bot yang diusahakan oleh Hj. Abdullah Bin Muda di Pulau Duyong.

Read more...

Sunday, May 2, 2010

Jalur lebar SchoolNet dipertingkat


KUALA LUMPUR 29 April - Rangkaian jalur lebar, SchoolNet yang disediakan di 9,884 sekolah seluruh negara akan dipertingkatkan dengan teknologi tanpa wayar, WiFi dan WiMAX yang lebih pantas. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan dilaksanakan kerana rangkaian jalur lebar ke sekolah sekarang yang menggunakan satelit gagal mencapai sasaran kelajuan satu megabit sesaat (Mbps).

Read more...

5 Kesalahan Pengguna Komputer & Laptop


Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB samada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.

Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:

1. Tidak Update Antivirus
Sepertimana yang kita semua tahu setiap hari terdapat pelbagai jenis virus dilepaskan dan disebarkan samada secara suka-suka ataupun untuk mengaut keuntungan. Jadi anda perlulah memasang

Read more...

Saturday, May 1, 2010

Perkhemahan bersepadu SKBR 2010

DSCF3916


Klik sini untuk lihat Gambar Lagi..
 

Satu perkhemahan bersepadu unit beruniform telah dijalankan di padang skbr. perkhemahan ini membabitkan pasukan pengakap dan tunas kadet remaja sekolah (TKRS). seramai 88 orang ahli kedua-dua pasukan beruniform telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. pelbagai acara telah diadakan bagi meningkatkan semangat kerjasama antara ahli yang terlibat.perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari.

Read more...

Minggu Anti Dadah SKBR 2010

Pada 8 april yang lalu bertempat di dataran skbr, satu perhimpunan semperna kempen antidadah telah diadakan. semua murid skbr telah dihimpunkan bagi mendengar perutusan yang dibacakan oleh guru disiplin En mohd suhardi. selepas itu murid tahap satu telah dikumpulkan di dewan asrama bagi program melukis dan mewarna semperna kempen itu.program ini bertujuan memupuk kesedaran dikalangan murid-murid tentang bahaya penggunaan dadah.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG SKBR Kali Ke-27

7 april lalu telah berlangsung mesyuarat pibg kali ke 27 skbr. mesyuarat ini telah dirasmikan oleh ahli dewan negara YB Senator Olian bin Abdullah.beliau merupakan anak jati kg bukit rok dan bekas pelajar skbr. Pada mesyuarat itu beliau telah menyampaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu pendidikan orang asli. beberapa isu berkaitan pelajar dapat diselesaikan dalam mesyuarat kali ini. 


Read more...

Bola Jaring MSSD Zon Mengkarak


KEHAMPAAN PASUKAN BOLA JARING SKBR PADA 2009 TELAH TERUBAT APABILA BERJAYA MEMPEROLEH TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON MENGKARAK BARU-BARU INI. KEJOHANAN BERLANGSUNG DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG.PASUKAN BOLA JARING SKBR DILETAKKAN BERSAMA JUARA 2009 IAITU PASUAKAN SK KERAYONG DAN PASUKAN SK BATU PAPAN. AWAL PERMAINAN PERINGKAT KUMPULAN PASUKAN SKBR TELAH DIKEJUTKAN DENGAN KEKALAHAN 4-13 DI TANGAN PASUKAN TUAN RUMAH. NAMUN SKBR BERJAYA BANGKIT MEMBERI SAINGAN APABILA MENEWASKAN SK BATU PAPAN DENGAN JARINGAN 6-0.KEMENANGAN ITU MELAYAKKAN PASUKAN SKBR MUNCUL NAIB JOHAN KUMPULAN SEKALIGUS MENEMPATKAN DIRI KE PENENTUAN TEMPAT KETIGA.PASUKAN SKBR DITEMUKAN DENGAN PASUKAN SK KUALA TRIANG. PERLAWANAN YANG PENUH DRAMATIK BERKESUDAHAN DENGAN SKBR MENANG 9-0. SYABAS SRIKANDI SKBR...




Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Awas! 10 Virus Komputer Paling Merbahaya


Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Read more...

Monday, March 22, 2010

Acara Merentas Desa Tahunan SKBR 2010

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah....pada 12 Mac 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Rok telah berjaya mengadakan satu aktiviti tahunan sekolah iaitu acara merentas peringkat sekolah desa dengan jayanya. Semua murid Skbr telah mengambil bahagian dalam acara ini kecuali murid tahun satu. Acara merentas desa ini bermula pada pukul 9 pagi di padang Skbr. Tahniah kepada peserta yang berjaya mendapat tempat di dalam acara ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Skbr yang terlibat kerana berjaya menjayakan acara tahunan ini. Majulah sukan untuk negara. :d

  

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.