Friday, October 15, 2010

Mengenali Teknologi Baru iPad


Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. iPad pula telah menghapuskan rekaan  keyboard. Steve Jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna. Penyingkiran keyboard sebenar dibuat atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.

iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad; versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi luaran untuk versi Wi-Fi dan versi 3G. Bahagian belakang versi Wi-Fi ditutupi penuh dengan bahan aloi aluminium yang berwarna perak cerah. Versi 3G pula memerlukan rekaan board 3G dan bagi membolehkan pengguna menukar kad SIM, maka bahagian belakangnya terdapat sekeping rak kad SIM berwarna hitam. Inilah perbezaan utama untuk kedua-dua versi iPad.

Tapi, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini; iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin iPad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Ciri-ciri iPad :


iBooks – dengan iBooks, pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. Kecerahan skrin juga boleh dilaraskan secara manual.

Saiz – saiz iPad lebih kecil daripada saiz kertas A4.

Keyboard –  keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun keyboard virtual ini tiada butang sebenar untuk ditekan, tetapi inputnya adalah mudah. Bagaimanapun, apabila iPad ini diletakkan secara menegak, butang keyboard virtual berkenaan akan menjadi lebih kecil dan susah ditekan.

iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru
Kejayaan iPad bukan disebabkan hardware, tetapi disebabkan pemikiran. Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiada keyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakan hardware yang disokong oleh banyak Apps. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad.
Dengan kata lain, melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa, malah boleh membuat rekaan sendiri jika diperlukan. iPad tidak sempurna, namun ia tetap merupakan satu produk era baru.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.