Thursday, November 5, 2009

bulan november 2009

alhamdulillah... hari sukan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. tapi tiada gambar yang dapat disertakan bersama. acara sukan telah dirasmikan oleh YB Norul Azali bin Sulaiman dan YB juga telah menyumbang banyak dalam menjayakan sukan tahunan kali ini.

awal bulan ini, pelajar2 sk bukit rok menduduki peperiksaan akhir tahun. mesyuarat bagi mengadakan hari pendidikan telahpun diadakan bersama guru besar baru, tuan Haji Ibrahim bin Daud. hari ini pun dah ada guru2 yang memasukkan markah ke dalam headcount sekolah. tak lama lagi bakal diketahuilah bakal penerima hadiah bagi tahun ini.

sabtu... 7hb... pelancaran rakan alam sekitar akan dilancarkan bertempat di padang SK Bukit Rok. perasminya ialah Ahli Parlimen... sapa-sapa yang berminat dijemput hadir yak.

ahad... ada yang berminat dengan motor cross... boleh singgah di kg. Paya Serai. besar juga acaranya tapi bukan pihak sekolahlah yang anjurkan.

itu sahaja dulu. sekian, terima kasih.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.