Tuesday, August 4, 2009

peristiwa baru

3 ogos 2009
pelajar tahun 6 baru sahaja menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2009. calon paling cemerlang ialah adik Masnizawati a/p Rizman dengan keputusannya 4A1B.

sepanjang bulan julai pula, pihak sekolah telah menjayakan bulan kecergasan Kementerian Pelajaran dengan mengadakan beberapa acara yang disertai oleh semua kakitangan sekolah. pada minggu pertama pihak sekolah telah mengadakan senam aerobik dan big walk mengelilingi kawasan kampung. pada minggu kedua pula, satu perlawanan takraw dan bola jaring telah diadakan. jangan tak percaya, tuan guru besar kita pun turun sekali beraksi sebagai tekong. pada minggu ketiga pula, acara futsal telah diadakan. mastermind tak ada kerana bercuti sebab isteri dia bersalin. dan pada minggu keempat acara merentas desa telah diadakan. disebabkan peserta-peserta tidak puas merentas desa maka acara diteruskan dengan perlawanan badminton. aktiviti bulan kecergasan peringkat sekolah berakhir di situ.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  ©Template by FS SKBR.